KOMSAS:BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

  Drama mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberi berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Cerita bermula apabila Aiman menerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihn Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen.Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai pelatih PLKN.Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada Aiman kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN disebabkan kurang pengetahuan dan permahan tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program tersebut.Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN akan menggugat zon keselesaanya kerana dia berasal dari keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam serba kemewahan.

  Konflik antara Aiman dan Nek Sinah bermula apabila dia mearasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila Nek Sinah menjemputnya makan tengahari.Aiman tidak menyukai Nek Sinah memanggilnya 'nak' kerana dia hanya memandang Nek Sinah sebagai orang gajinya sahaja.Oleh itu,dia telah melayan orang gajinya dengan kasar dan kurang sopan.Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.Walaubagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu.
 
 Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah.Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN.Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu.Sundarani,Nora,Syuhada,Ah Tiau dan Aiman berbincang tentang PLKN.Sundarani terpilih untuk masuk Kem De Bana,Jempol,Negeri Sembilan.Ah Tiau terpilih ke Kem Paya Indah Wetland,Hulu Langat,Selangor.Syuhada dan Aiman terpilih untuk memasukki kem yang sama iaitu Kem Teluk Sari,Mersing,Johor.Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman.Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan kapada Aiman dan rakan sekelas tentang PLKN dengan panjang lebar.Kebetulan Cikgu Dahari juga merupakan pangajar sambilan PLKN yang mengfokuskan modul PPSB,iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

  Selepas pulang dari sekolah,Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan.Puncak cerita dalam dram ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan pernyataan dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya.Sebaliknya,bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman.Sementara itu, Puan Masanah,iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya.Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan nyawa anaknya.Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya.Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke biliknya.Sementara itu ,bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di kelab golf.

  Ketika Aiman melayari internet di biliknya,dia telah terbaca berita tentang kejayaan seniournya, Syufia yang dulunya sentiasa mengasingkan diri dan tidak bercampur dengan orang lain, kini dia telah mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem Gerakhas,Desaru,Johor dan juga seniournya, Ziman yang dulunya kuat makan dan tidur, kini dia telah berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN.Akhirnya, Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN.Aiman telah berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh berdikari seterusnya menyahut seruan brkhidmat untuk tanah air tercinta.

TEMA

  1. Kesedaran jenerasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam PLKN.
  2. Rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk mengikuti PLKN, pasti dapat melahirkan generasi muda yang siap siaga untuk berkhidmat untuk negara.

PERSOALAN
  1. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan.Contohnya,Nora,Syuhada,Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.
  2. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.Contohnya,Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya.Beliau memutuskan agar Aiman perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang brguna kepada nusa dan bangsa.
  3. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan kebekersanan dasar kerajaan.Contohnya,sebagai bapa,Datuk Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman menyertai PLKN.
  4. Kesedaran tentang kepentingan menyartai program kerajaan.Contohnya,Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN.Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.
  5. PLKN membentuk sikap brdikari dan jati diri dalam diri generasi muda.Contohnya, Ziman telah berjaya membina sikap brdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti denagan jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

WATAK PERWATAKAN
  1. Watak utama ialah Aiman
  2. Watak sampingan pula ialah Khir Ghazali,Masnah,Cikgu Dahria,Posmen,Nek Sinah,Syuhada,Ah Tiau,Sundarani,dan sebagainya.
AIMAN 
  1. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali.
  2. Dia mrupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
  3. Dia berumur 17  tahun.
  4. Seorang yang bersifat agresif, iaitu dia menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.
  5. Seorang yang suka tidur.Contohnya,Aiman akan tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya.
  6. Seorang yang mementingkan kemewahan hidup.Contohnya,dia tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.
  7. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan.Contohnya,dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah.
  8. Seorang yang sedar kesilapan dan ingin berubah.Contohnya,Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.
KHIR GHAZALI
  1. Bapa kepada Aiman dan Dapnia.
  2. Suami kepada Masnah.
  3. Beliau berpangkat Datuk.
  4. Seorang yang gigih bekerja .Contohnya,Khir Ghazali biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mrncari rezeki.
  5. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat.Contohnya,Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu untuk menyertai PLKN.
  6. Seorang yang berpandagan jauh.Contohnya,Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membetuk sikap berdikari dalam diri Aiman.
  7. Seorang yang penyanyang.Contohnya,Khir Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah.
MASNAH
  1. Ibu kepada Dapnia dan Aiman.
  2. Beliau bergelar Datin.
  3. Seorang yang penyayang.Contohnya, dia tidak bersetuju Aiman menyartai PLKN kerana bimbang akan keselamatan anaknya.
  4. Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan.Contohnya,dia telah menggunakan khidmat orang gaji bagi menguruskan rumahnya.
  5. Seorang yang mudah mengakui kesilpan sendiri.Contohnya,Masnah berasa bersalah dengan tindakannya memihak kepada Aiman dan cuba memujuk semula hati suaminyayang terluka.
CIKGU DAHARI
  1. Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.
  2. Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di ken PKLN yang terlibat dalam pengajaran modul PPSB-Program Penghayatan Sastera dan Budaya.
  3. Seorang yang mudah mesra dan disenangi orang lain.Contohnya,dia begitu mesra melayani setiap pertanyaan anak - anak muridnya.
  4. Seorang yang berpengetahuan luas tentang pelaksanaan PLKN.Contohnya,dia berjaya menerangkan maklumat PLKN secara terperinci kepada anak-anak muridnya.
POSMEN
  1. Dia bertugas sebagai penghantar surat.
  2. Seorang yang terperinci dalam melaksanakan tugasnya.Contohnya,dia amanah dalam tugasnya menghantar surat-surat kepada pelanggannya.
  3. Seorang yang suka memberi nasihat.Contohnya,dia menasihati Aiman agar berfikir secara mendalam mengenai penolakkannya sebagai pelatih PLKN.
NEK SINAH
  1. Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali.
  2. Seorang yang berhemah tinggi dan berperwatakan lemah lembut.Contohnya,dia menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan Aiman.
  3. Seorang yang penyabar.Contohnya,dia tetap bersabar berhadapan dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya.
  4. Seorang yang penyanyang.Contonya,dia mengajak Aiman makan tengahari denagn menggunakan kata panggilan "nak".
  5. Seorang yang prihatin.Contohnya, Nek Sinah memasakkan lauk kegemaran Aiman,iaitu ayam masak asam pedas bagi menambat hati Aiman.

LATAR 

LATAR TEMPAT
  1. Rumah Khir Ghazali.Posmen telah datang menghantar sepucuk surat tawaran kepada Aiman sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negra (PLKN).
  2. Sekolah.Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak -anak muridnya, iaitu Aiman ,Nora,Ah Tiau ,Sundarani,dan Syuhada berkaitan dengan Program Latiahn Khidmat Negara (PLKN) di sekolah.
  3. Bilik Aiman.Aiman melayari internet menggunakan komputer riba di bliknya.
  4. Latar tempat lain temasuklah Kem Gerakhas, Desaru, Johor; Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan; Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor; Kem Teluk Sari, Mersing, Johor; Kelab Golf; Universiti dan Kantin sekolah.

LATAR MASA
  1. Cuti hujung minggu.Masa Aiman bersnatai di rumah dan melakukan segala perkara yang diingininya pada cuti hujung minggu.
  2. Waktu tengah hari.Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menghantar sepucuk surat kepada Aiman , iaitu tentang pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari.

LATAR MASYARAKAT
  1. Masyarakat yang mementingkan semangat patriotik / cinta akan negara. Contohnya, kawan-kawan  sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluraga.Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau mewajibkn Aiman menjadi pelatih baharu PLKN untuk membentuk sahsiah anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang mampu berdikari dan berguna kepada nusa dan bangsa.
  3. Masyarakat yang berintergriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab.Contohnya, posmen bermohon diri daripada Aiman untuk menyambung kerjanya menghantar surat kepada para pelanggan yang lain.
  4. Masyarakat yanng berpnadangan jauh.Contohnya,Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.
  5. Masyarakat yang selalu memanjakan anak.Contohnya,Datin Masnah tidak bersetuj tentang peneyrtaan Aiman sebagai pelatih PLKN kerana bimbang akan keselamatan nyawa anaknya.
  6. Masyarakat yang berpendirian tegas.Contohnya, Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah.

GAYA BAHASA

      1.Bahasa Arab . Contohnya:
            Assalamualaikum,Waalaikumussalam

      2.Bahasa Inggeris. Contohnya:
           (a)mummy
           (b)daddy 
     
     3.Simile:
           (a)Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk AIMAN bersantai dan                    melakukan segala perkara yang di mahukannya.
           (b)Macamlah esok dah nak kiamat.
           (c)... terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu.

     4.Metafora. Contohnya:
           (a)... maka surat tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya...
           (b)Aku biasa mandi dengan air panas.
           (c)Buta sejarah betul kau ini.

    5.Sinkope. Contohnya:
            Tak baik kau cakap macm tu kepada aku

    6.Personafikasi. Contohnya:
            Lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit...

    7.Inversi. Contohnya:
           (a)Tak fahamlah saya , bang
                  Sepatutnya: Bang, saya tak fahamlah.
           (b)Memang bagus program itu.
                  Sepatutnya:Program itu memang bagus.
           (c)Malaslah aku kalau fasal tu.
                  Sepatutnya:Aku malaslah kalau fasal tu,

    8.Perulanagan katau atau repitisi. Contohnya:
           (a)Aku tak suka, tak suka.
           (b)Aiman minta daddy dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.

    9.Peribahasa: Contohnya:
            (a)duri dalam daging
            (b)hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
            (c)lurus bendul


NILAI
  1.  Nilai baik hati . Contohnya, Encik posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.
  2. Nilai kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Pogram Penghayatan Satera dan Budaya (PPSB).
  3. Nilai hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan.
  4. Nilai kesabaran. Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

PENGAJARAN
  1. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintergriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. Contohnya, posmen menjalankan tugasnyamenghantar surat-surat pelanggan dengan penuh intergriti.
  2. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu. Contohnya, Cikgu Daharin rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan PLKN.
  3. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab. Contohnya, Nek Sinah bersabr denagan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.
  4. Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalma melaksanakan satu- satuperkara yang bermanfaat kapada nusa dan bangsa. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah.
  5. Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih sempurna . Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang bakal diperoleh oleh Aiman apabila di menyertai PLKN.
      

Comments

  1. Thank u ,appreciate. Esok saya exam bm jdi snng saya nk cri maklumat tnpa ada buku rujukan bm

    ReplyDelete
  2. Thank u ,appreciate. Esok saya exam bm jdi snng saya nk cri maklumat tnpa ada buku rujukan bm

    ReplyDelete
  3. i dont understand at all please explain

    ReplyDelete
  4. Thanks for your kind information and your notes are help me when I do bm komsas about berkhidmat untuk negara. Again thanks a lot.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Some words u write wronglly..... Pls correct it...... Thank u..

      Delete
  5. Trima kasih........senang je nak siap kan tugas dengan nota nie..........:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

all about BEAST