Posts

Showing posts from February, 2016

KOMSAS:BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA   Drama mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberi berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Cerita bermula apabila Aiman menerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihn Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen.Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai pelatih PLKN.Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada Aiman kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN disebabkan kurang pengetahuan dan permahan tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program tersebut.Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN akan menggugat zon keselesaanya kerana dia berasal dari keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam serba kemewahan.   Konflik antara Aiman dan Nek Sinah bermula apabila dia mearasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila Nek Sinah menjemputnya makan tengahari.Aiman tidak menyukai Nek Sinah memanggilnya 'nak' kerana dia hanya memandang Nek